Kenapa Orang Selalu Lari atau Tidak Mahu Ambil Takaful?

Malah, ada yang ekstrim yang menggelarkan agen insurans/takaful seperti meminta sedekah. Sedangkan jika kita faham, kewujudan agen ini adalah untuk mengelakkan kita meminta-minta jika musibah melanda. Adakah agen itu meminta sedekah jika usaha agen itu adalah menyelamatkan dia daripada kemungkinan bakal menjadi peminta sedekah? Fikirkanlah…

10 alasan lazim kenapa orang ramai tidak mahu mengambil pelan perlindungan adalah:



• 1. Saya tidak ada duit
• 2. Saya tidak percaya agen insurans
• 3. Saya tidak percaya dengan insurans
• 4. Saya ada simpanan dan perlindungan lain
• 5. Saya tidak percaya dengan syarikat insurans
• 6. Saya sudah ada perlindungan yang diberikan oleh majikan
• 7. Saya masih lagi muda
• 8. Saya tiada tanggungan
• 9. Saya tidak ada masa untuk mendapatkan insurans
• 10. Saya kena berhenti merokok ke?

Walau apapun alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada mendapatkan polisi perlindungan, melindungi diri individu dengan Takaful adalah jauh lebih penting daripada semua alasan di atas.

Sebab yang paling utama bagi setiap insan untuk memiliki pelan perlindungan adalah supaya keluarga anda dapat mengekalkan gaya hidup seperti sekarang walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka berlaku.

Selain itu, polisi Takaful juga direka untuk memenuhi keperluan spesifik masa depan anda dan juga keluarga, sama ada ianya untuk memenuhi keperluan tabung pendidikan anak, membesarkan ahli keluarga, mencapai impian anda ataupun satu skim persaraan yang selesa.

Terdapat banyak pilihan pelan Takaful di pasaran yang anda boleh pilih dan ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, mengikut matlamat dan keperluan kewangan anda. Mulakan mencari pelan yang paling sesuai untuk anda hari ini. Yang paling penting, adalah menjadi keutamaan anda untuk memastikan anda dan keluarga anda dilindungi tanpa mengira berapa pun usia anda sekarang.

‪#‎Ikhlas2u‬ ‪#‎TakafulIkhlas‬
'LIKE' dan 'SHARE' page www.facebook.com/ikhlas2u untuk update dari kami.

Sebarang pertanyaan mengenai Kad Perubatan + Perlindungan + Simpanan + Pelaburan
Hubungi kami di http://87.my/ikhlas2u

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful