Takaful Ikhlas Peruntuk RM200,000 Bagi Program CSR Sepanjang Ramadan

Takaful Ikhlas Sdn Bhd memperuntukkan hampir RM200,000 bagi program tanggungjawab sosial korporatnya sepanjang bulan Ramadan ini.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ab Latiff Abu Bakar berkata ia adalah antara usaha syarikat mendekati masyarakat pelbagai peringkat khususnya mereka yang memerlukan.

Pada hari ini, syarikat menyumbang RM16,000 kepada Rumah Jagaan dan Rawatan Warga Tua Al-Ikhlas menerusi Program Ramadannya.

"Ini adalah program pertama bagi bulan Ramadan ini dan lawatan kedua rasmi ke rumah ini selepas kunjungan serupa Ramadan tahun lalu.

"Kami meraikan warga emas kerana mereka ini amat istimewa dan memerlukan perhatian khusus daripada orang ramai," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan berkenaan.

Sumbangan itu disertai barangan keperluan harian termasuk ubatan, pakaian, makanan serta keperluan lain bagi menguruskan rumah jagaan itu.

Hadir sama Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat Takaful Ikhlas, Yushida Husin.

Terdahulu, 66 warga rumah berkenaan menerima pemeriksaan kesihatan percuma sebelum mendengar sesi tazkirah khas oleh kakitangan syarikat sendiri selain sesi ramah mesra dan majlis berbuka puasa.

Beliau berkata, sesi bersama masyarakat adalah antara nadi Takaful Ikhlas dalam usaha menerapkan elemen sumbangan kepada orang ramai.

Katanya, sepanjang Ramadan pelbagai aktiviti dirangka khusus antaranya kerjasama eksklusif 'Titipan Kasih Harian Metro' di Kampung Olak Lempit, Program Bubur Lambuk, Salam Sahur, 'Kasih Syawal', pemeriksaan kesihatan pesakit kronik dan 'Jom Beli Baju Raya' yang akan diadakan di seluruh negara.


Bernama Online -  #Ikhlas2u ‎#TakafulIkhlas

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful