Industri Takaful Harapkan Insentif Tambahan Dalam Belanjawan 2014

Industri takaful di Malaysia mengharapkan beberapa insentif tambahan dalam Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 25 Okt ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Ab Latiff Abu Bakar berkata Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah membincangkan beberapa isu dengan pihak berkuasa berkaitan berhubung dengan jangkaan mereka untuk belanjawan tahun hadapan.


"Kami telahpun membincangkan beberapa isu tetapi adalah lebih elok sekiranya MTA membuat kenyataan berkenaan dengan peruntukan (apa yang industri kehendaki dalam belanjawan 2014)," kata beliau kepada Bernama.

Berdasarkan laporan akhbar, industri takaful menjangkakan pertumbuhan perniagaan baharu akan meningkat sekurang-kurangnya 20 peratus menjelang akhir tahun.

-- BERNAMA 25 Ogos 2013 #Ikhlas2u #TakafulIkhlas

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful