Skop Lebih Sistematik

Takaful Ikhlas Malaysia Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) melihat pemain industri insurans bakal berdepan situasi pasaran lebih mencabar dalam tempoh lima tahun akan datang berikutan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang berkuat kuasa pada Jun lalu.

Pelaksanaan akta itu adalah usaha untuk memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan institusi kewangan di negara ini bagi memastikan undang-undang itu terus relevan serta berkesan untuk mengekalkan kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan menyeluruh dalam sistem kewangan dan ekonomi, selain menyediakan perlindungan mencukupi untuk pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab Latiff Abu Bakar berkata, menerusi peraturan baru itu, pemain industri insurans dikehendaki menstruktur semula semua perniagaan mengikut skop perniagaan supaya ia lebih sistematik dan memudahkan orang ramai memahami segmen perniagaan ditawarkan pihak insurans.

Beliau berkata, syarikat insurans perlu membahagikan segmen perniagaan dan didaftarkan di bawah satu entiti baru yang menjalankan aktiviti perniagaan khusus.

“Sebagai contoh, Takaful Ikhlas mempunyai pelbagai segmen perniagaan seperti takaful keluarga dan takaful am selain terbabit di dalam sektor hartanah. Untuk itu, syarikat perlu menubuhkan entiti baru yang menjalankan perniagaan berkenaan.

“Kami melihat langkah diperkenalkan oleh BNM ini baik untuk memudahkan pengguna memahami segmen perniagaan ditawarkan oleh pemain industri insurans kepada mereka secara khusus walaupun ia membabitkan sedikit pelaburan baru,” katanya kepada Bisnes Metro.

Katanya, untuk menubuhkan satu entiti baru, syarikat perlu menukar beberapa perkara penting bagi menonjolkan entiti berkenaan seperti logo dan nama yang kini sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Takaful Ikhlas akan memperkenalkan produk bankatakaful bermula tahun depan yang sedang mengadakan perbincangan kerjasama dengan dua bank tempatan. - myMetro - 15 Ogos 2013

‪#‎Ikhlas2u‬ ‪#‎TakafulIkhlas‬
'LIKE' dan 'SHARE' page www.facebook.com/ikhlas2u untuk update dari kami.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful