Firma Insurans Perlu Tubuh Entiti Baru

Takaful Ikhlas Malaysia Sdn Bhd menjangka industri insurans berdepan persekitaran lebih mencabar dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ia berikutan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang berkuat kuasa pada Julai lalu.
Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata menerusi peraturan baru itu, peserta industri insurans dikehendaki menstruktur semula semua perniagaan mengikut skop perniagaan supaya ia lebih sistematik.


Beliau berkata, syarikat insurans perlu membahagikan segmen perniagaan dan didaftarkan di bawah satu entiti baru yang menjalankan aktiviti perniagaan khusus.
Tubuh entiti baru

“Sebagai contoh, Takaful Ikhlas mempunyai pelbagai segmen perniagaan seperti takaful keluarga dan takaful am selain terbabit dalam sektor hartanah. Justeru, syarikat perlu menubuhkan entiti baru yang menjalankan perniagaan terbabit,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, semalam.

Ab Latiff berkata, peraturan baru diperkenalkan Bank Negara memanfaatkan pengguna supaya mereka lebih memahami segmen perniagaan ditawarkan syarikat insurans.
“Ia membabitkan sedikit kos kepada syarikat insurans, namun dari segi kesan positifnya, perniagaan mereka lebih tersusun dan dikendalikan oleh organisasi berlainan walaupun berada di bawah syarikat induk,” katanya.

Julai lalu, Bank Negara melaksanakan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) sebagai kemuncak bagi usaha untuk memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan institusi kewangan di negara ini.

Kekal kestabilan

Akta berkenaan bertujuan memastikan undang-undang itu terus relevan dan berkesan untuk mengekalkan kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan menyeluruh dalam sistem kewangan dan ekonomi, di samping menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk pengguna.

Mengulas lanjut, Ab Latiff berkata, bagi menubuhkan satu entiti baru, syarikat perlu menukar beberapa perkara penting bagi menonjolkan entiti berkenaan seperti logo dan nama yang kini sedang dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan tempoh yang ditetapkan BNM.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful