Takaful Ikhlas dan Kolej Dar Al-Hikmah Merealisasikan Ikatan Kerjasama Bagi Program Diploma Takaful

Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) dan Kolej Dar Al-Hikmah hari ini menjalinkan kerjasama bagi melaksanakan program Diploma Takaful kepada kakitangan dan tenaga kerja agensi  Takaful IKHLAS.

Memorandum persefahaman ini telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai  Eksekutif, Takaful IKHLAS, Encik Ab. Latiff Abu Bakar dan Tuan Haji  Md Fuad bin Bahari  Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Dar Al-Hikmah.

Menurut Encik Ab Latiff Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS dalam ucapannya, “Takaful IKHLAS  memeterai perjanjian ini bagi kerjasama strategik dengan Kolej Dar Al-Hikmah  dengan matlamat untuk  membangunkan modal insan dalam pelbagai bidang termasuk pengetahuan asas dalam Islam melalui program bersama Diploma Takaful dan ini adalah merupakan kerjasama strategik yang kedua berkaitan program latihan yang dijalankan oleh pihak Syarikat selepas jalinan kerjasama  dengan Universiti Antarbangsa Madinah (MEDIU) pada 21 Julai 2011”.

“Kami memilih untuk mengadakan kerjasama strategik dengan Kolej Dar al-Hikmah kerana ia merupakan antara institusi pengajian tinggi terulung dalam ilmu berkaitan Muamalat Islam. Kolej Dar al-Hikmah telah berjaya mengeluarkan ramai graduan yang diistilahkan sebagai generasi Ulul Al-Bab atau generasi Cerdik Pandai ”, kata Ab Latiff.

“Berdasarkan kajian, Diploma Takaful yang akan dijalankan merupakan Diploma Takaful yang pertama seumpamanya di Malaysia. Rata-rata kita selalu dengar tentang Diploma Insurans. Oleh itu pihak syarikat merasa amat berbangga dengan kewujudan diploma ini. Semoga dengan kewujudan diploma ini dapat meningkatkan lagi kefahaman masyarakat terhadap industri takaful dan kepentingannya serta merancakkan lagi indutri takaful di Malaysia”, jelas Ab Latiff.

“Apa yang dirancangkan ini amat  sesuai dan tepat kerana ia memberikan kebaikan kepada negara dan pengguna.  Majlis perserfahaman ini yang sekaligus meningkatkan ilmu dan pendididikan merupakan dorongan kepada pembangunan muamalat Islam di Malaysia,”  tambah Ab Latiff lagi.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful