Masyarakat Perlu Buka Mata Kerjaya Ejen Takaful

MASYARAKAT perlu membuka mata terhadap keijaya sebagai ejen takaful yang terbukti bukan sahaja dapat memperbaiki taraf hidup seseorang malah mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan sehingga mencecah tujuh angka.

Pengurus Agensi Usrah Associates, salah sebuah syarikat perunding Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas), Samian Senin berkata, ini kerana industri takaful pada hari ini bukan sahaja memiliki prospek kerjaya yang cerah malah konsisten menawarkan peluang membina perniagaan kepada penceburnya.

"Industri takaful ini ibarat 'lombong emas moden'. Peluang yang ditawarkan mampu memberi kepuasan dalam bekerja selain kebebasan kewangan tanpa batasan.


"Apa yang penting, kita perlu menetapkan sasaran, fokus dan memberi komitmen terhadap apa yang kita lakukan dan saya sendiri berpegang kepada prinsip jihad untuk melihat dan membantu masyarakat kita berjaya," katanya dalam sesi temubual baru-baru ini.
Samian adalah salah seorang daripada pemenang utama yang bakal dinobatkan pada Majlis Malam Anugerah Ejen Takaful Ikhlas Ke-10 yang akan berlangsung di Hotel Majestic, malam ini.
Majlis yang bakal dihadiri lebih 700 wakil ejen Takaful Ikhlas dari seluruh negara itu dianjurkan untuk mengiktiraf pencapaian ejen paling cemerlang dalam pelbagai kategori perniagaan sepanjang tahun kewangan 2013/2014.

Samian menerima Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi Kumpulan (Anugerah Takaful Keluarga), Anugerah Penghasilan Unit Langsung Teratas, Anugerah Million Ringgit Agency (MRA), Anugerah Builders Club dan Anugerah Million Dollar Round Table (MDRT) Aspirant.
Sementara itu, pemenang Anugerah MDRT buat kali ketiga berturut-turut, Zuraidah Hanim Ibrahim berkata, sesetengah dalam kalangan masyarakat memandang ejen takaful sebagai kerjaya yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak mempunyai masa depan.

"Tanggapan ini perlu diubah. Hakikat yang mereka perlu tahu adalah industri takaful merupakan salah satu kerangka ekonomi dalam negara mencapai status maju pada 2020 iaitu dengan memastikan 75 peratus rakyat dilindungi insurans atau takaful.

"Ini bermakna industri takaful bukan sahaja penting malah menjadi agenda utama negara. Sudah tentu ia bakal menawarkan pelbagai peluang untuk direbut dan jika kita tidak ambil dari sekarang, siapa yang akan rugi?" katanya.

Dalam majlis itu, Zuraidah yang juga Pengarah Darul Asiah Concultant Sdn. Bhd. turut memenangi Anugerah President Club, Anugerah Top Personal Producer dan Anugerah Top Agent.

16 Nov 2014
MINGGUAN MALAYSIA

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful