Takaful IKHLAS Anjur Program Mega Takaful Entrepreneur

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) menganjurkan program Mega Takaful Entrepreneur bagi mereka yang berminat untuk menjadi usahawan takaful.

Program ini diadakan untuk memberi penerangan dan latihan kepada bakal-bakal usahawan bagi mempromosikan produk-produk Syarikat segmen Takaful Keluarga.

Program Mega Takaful Entrepreneur merupakan satu platform yang dirancang dan digunakan untuk menarik minat orang ramai untuk menyertai Takaful IKHLAS sebagai usahawan bagi memasarkan produk-produk Takaful Keluarga.

Program ini diadakan di tiga buah negeri yang berbeza untuk tahun kewangan Takaful IKHLAS 2014/2015", kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad Ab Latiff bin Haji Abu Bakar.

"Program Mega Takaful Entrepreneur yang pertama telah diadakan pada 8 November lepas di Shah Alam Convention Center.

Seramai 320 usahawan Takaful yang baru telah menghadiri program tersebut.

Program yang sama juga telah berlangsung di Hotel Tabung Haji, Alor Setar, Kedah pada 15 November yang lalu.

Sementara itu, mereka yang berminat boleh menyertai program ini yang akan diadakan pada 29 November di Hotel M Suite, Johor Bahru, Johor.

Kami juga akan menganjurkan beberapa lagi program sebegini di Selangor dan Kuala Lumpur dalam masa terdekat , kata Ab Latiff.

"Usahawan-usahawan yang menyertai program ini akan diberikan penerangan mengenai prestasi semasa industri Takaful, kebaikan menjadi usahawan takaful dan cara-cara bagaimana untuk menjana pendapatan yang lumayan bersama Takaful IKHLAS.

Mereka juga akan diberikan informasi lebih lanjut mengenai Jihad Muamalat serta peranan Takaful dalam memerangi riba . Usahawan Takaful IKHLAS yang terdahulu dengan penghasilan yang tinggi akan juga berkongsi pengalaman dan kejayaan mereka semasa program ini , katanya lagi.

Menurut Ab Latiff sasaran pengambilan usahawan baru melalui Program Mega Takaful Entrepreneur untuk tahun kewangan 2014/2015 adalah seramai 2,000 orang.

"Ini adalah penambahan untuk jumlah usahawan Takaful Keluarga yang sedia ada di Takaful IKHLAS iaitu seramai 3,500 orang.

"Kami berharap orang ramai akan mengambil peluang ini untuk menyertai Program Mega Takaful Entrepreneur yang dianjurkan oleh Takaful IKHLAS.

Program ini membuka peluang keemasan untuk mereka memperolehi pendapatan yang lumayan dan secara tidak langsung membantu bersama menyebarkan muamalat Islam kepada mereka yang masih belum mengetahui kebaikan dan kepentingan perlindungan takaful , kata Ab Latiff.

Mereka yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Program Mega Takaful Entreprenuer ini boleh menghubungi :

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful