Takaful Ikhlas Sasar 2,000 Sertai Usahawan Takaful Mega

Takaful Ikhlas Bhd, syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd, menyasarkan 2,000 peserta untuk Program Usahawan Takaful Mega bagi tahun kewangan 2014/2015.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ab Latiff Abu Bakar berkata ini sebagai tambahan kepada 3,500 usahawan Takaful Keluarga sedia ada di Takaful Ikhlas.

Program yang dijalankan di tiga buah negeri bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada usahawan dalam mempromosi produk syarikat di bawah segmen Takaful Keluarga.

"Bagi yang berminat, program seterusnya akan dijalankan pada 29 Nov di Johor Baharu. Kami juga akan menganjurkan satu siri program di Selangor dan Kuala Lumpur dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan.

Program Usahawan Takaful Mega merupakan platform untuk menarik minat orang ramai menyertai Takaful Ikhlas sebagai usahawan ke arah mempromosi produk Takaful Keluarga.

Ab Latif berkata program itu menawarkan peluang untuk menjana pendapatan lumayan selain membantu menyebarkan faedah dan kepentingan perlindungan takaful kepada umat Islam.

-- BERNAMA

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful