88 Peratus Rakyat Bimbang Simpanan Tidak Cukup

88 peratus rakyat Malaysia bimbang simpanan persaraan mereka tidak mencukupi untuk menampung kos hidup. Peratusan ini didapati melalui kaji selidik yang dijalankan. Antara lain kaji selidik mendedahkan hampir separuh warga kerja di negara ini berpendapat kos sara hidup meningkat pada kadar lebih pantas berbanding pendapatan mereka.

 
 Senario kewangan jangka panjang yang suram turut dirasai di seluruh dunia, dengan hampir satu perempat (23 peratus) responden menjangka standard kehidupan ketika persaraan nanti akan lebih buruk daripada hari ini.

Di Malaysia, golongan pekerja wanita percaya simpanan persaraan dan pelaburan akan dapat bertahan untuk tempoh 11 tahun, tetapi dengan tempoh purata persaraan 21 tahun, menjadikan kemampuan bertahan cuma untuk tempoh 10 tahun.

Golongan pekerja lelaki pula berkata simpanan persaraan mereka hanya cukup untuk tempoh 12 tahun, tetapi dengan tempoh purata persaraan 17 tahun, menjadikan kemampuan bertahan hanya untuk tempoh tujuh tahun.

Antara lain, kaji selidik itu mendapati 21 peratus pesara di Malaysia berkata untuk mengekalkan standard kehidupan ketika bersara nanti, mereka perlu mula merancang persaraan pada umur sekurang-kurang 30 tahun atau lebih awal lagi.

Lebih dua perlima (45 peratus) daripada mereka berkata mereka sepatutnya membuat penabungan yang lebih besar lagi sebelum ini.

Anda perlu menjangka sesuatu yang tidak dijangkakan



Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful