Takaful Ikhlas Terima Anugerah Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015

Takaful Ikhlas Berhad. (Takaful Ikhlas), unit kepada MNRB Holdings Bhd. meraih kejayaan apabila menerima pengiktirafan berprestij ‘Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015’ buat kali kedua, daripada Global Banking & Finance Review, iaitu sebuah portal dalam talian baru-baru ini.

Presidennya, Latiff Abu Bakar berkata, anugerah itu membuktikan bahawa produk Takaful Ikhlas adalah setanding dengan syarikat-syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia sekali gus mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan.

Katanya, pengiktirafan ini akan memberi dorongan kepada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen Takaful Ikhlas untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Sejak 13 tahun yang lalu, Takaful Ikhlas berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam kalangan para peserta.

“Kami amat berbesar hati menerima anugerah itu malah reputasi di pasaran Malaysia pada masa kini telah diktiraf sebagai satu ‘jenama’ dinamik dan terbaik serta dikenali ramai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anugerah itu diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat daripada pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang-bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu dalam seluruh komuniti perbankan dan kewangan global.

Menurut Latiff, Takaful Ikhlas sentiasa merangka pelbagai pelan perniagaan agar peranan dan tanggungjawab asasi syarikat untuk menyebarluaskan muamalat Islam di negara serta peringkat global tercapai,” katanya.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful