Berakal Layak Kontrak

Pelaksanaan urusan muamalat Islam sangat meni tikberatkan soal kontrak yang jelas. Kelayakan sempurna untuk mengadakan sesuatu kontrak pula tidaklah sepenuhnya bergantung kepada had umur seseorang asal sahaja menepati syarat yang telah dltetapkan pada awal perjanjian.

Salah satu rukun bagi kontrak yang sah adalah wujudnya dua pihak berkontrak yang saling memberi dan menerima. Bagi mewujudkan kontrak yang sah, pihak terbabit mestilah memenuhi syarat kelayakan dan kuasa untuk melaksanakan sesuatu transaksi. Kelayakan bagi syarat asas untuk seseorang itu boleh membuat kontrak sama ada dewasa, kanakkanak mahupun bagi bayi yang baru lahir. Bagi yang berkelayakan melaksanakan sesuatu kontrak asasnya adalah seorang yang berakal dan mumayyiz, yang berakal, baligh dan cerdik.



Syarat asas kelayakan bagi bayi yang baru lahir dan kanakkanak tidak termasuk dalam golongan yang sempurna untuk melaksanakan sesuatu kontrak kerana kanakkanak belum lagi mencapai tahap asas berakal dan cerdik bagi melaksanakan segala hak serta tanggungjawab. Kelayakan yang sempurna bagi seseorang adalah setelah baligh dan cerdik. Mengikut pendapat jumhur fuqaha' seseorang yang sudah mencapai berakal, baligh dan cerdik berkelayakan sempurna untuk melakukan kontrak. Segala keputusan menjadi tanggungjawab sendiri dan tidak memerlukan kelulusan serta kebenaran daripada orang lain.

Umur yang telah mencapai baligh bagi pendapat fuqaha seorang yang berusia 15 tahun dan bagi pendapat lain ialah 18 tahun. Seseorang yang telah mencapai umur itu dianggap berakal, baligh dan cerdik. Oleh itu mereka termasuk dalam golongan berkelayakan sempurna untuk melaksanakan sesuatu kontrak. Segala keputusan boleh ditentukan sendiri dan bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan tetapi masih tertakluk kepada kelulusan serta kebenaran daripada penjaga.

Sejak Dasar Islamisasi Negara diperkenalkan pada 1981, terdapat pelbagai jenis kontrak Islami menjadi amalan dalam urus niaga perbankan Islam dan Takaful di Malaysia. Antaranya kontrak A1 Bai', Ju'alah, Ijarah, Wakalah, Mudharabah, Murabahah, Kafalah dan sebagainya. Sedang giat diperkatakan hari ini ialah kontrak Wakalah yang dipraktikkan dalam urus niaga takaful. Berkenaan kelangsungan kontrak takaful antara peserta dan pengendali takaful, had umur bagi seorang yang sah untuk menyertai takaful adalah daripada umur 16 tahun tetapi mestilah mendapat kebenaran ibu bapa.

Akta Perkhidmatan Islam 2013 menggariskan had umur peserta pada perkara akta 4 (l)(a), (b) dan (c) yang menyatakan seseorang yang belum mencapai umur 16 tahun hendaklah meminta kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaganya. Beliau dikira sebagai pemilik harta, namun hartanya masih di bawah urusan dan pentadbiran orang lain (ibu bapa) kerana terdapat halangan yang menghalang mereka menguruskannya sendiri.

Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful