Lebihan Jadi Hibah

Sekiranya ada lebihan dalam Dana Risiko, bagaimanakah pengendali takaful menguruskan lebihan itu.

Pada asasnya takaful menggunakan kontrak tabarru' iaitu yang berdasarkan konsep saling tolong menolong antara peserta. Ia berlaku dengan mudah dan tanpa paksaan di mana peserta yang menyertai pelan perlindungan takaful secara automatik bersetuju menyumbang wang ke dalam satu dana yang dinamakan Dana Risiko.



Dana itulah yang akan digunakan untuk membantu semua peserta takaful apabila berlaku sebarang musibah. Dana Risiko bukan sahaja digunakan apabila berlakunya tuntutan yang dibuat oleh peserta yang ditimpa musibah malah ia untuk rizab teknikal selepas ditolak kos pengurusan.

Di samping itu, bagi memastikan dana ini sentiasa dapat menampung sebarang risiko, pengendali takaful bertanggungjawab mengembangkan jumlah wang dana dengan membuat pelaburan yang patuh. Pada masa sama, perlu dipastikan Dana Risiko tidak akan terjejas dengan sebarang masalah berkaitan pelaburan dilakukan.

Segala tuntutan daripada peserta, kos pengurusan dan yang berkaitan akan dikira pada setiap akhir tahun kewangan bagi mengenal pasti sama ada terdapat lebihan atau tidak. Jika ada lebihan dana,ia akan dihadiahkan kepada peserta takaful yang layak dan menepati syarat dinyatakan dalam sijil penyertaan.

Biasanya hadiah ini berbentuk jumlah 'hibah' yang akan diberikan kepada peserta bagi pelan perlindungan Takaful Am yang tidak pernah membuat sebarang tuntutan. Agihan kepada lebihan Dana Risiko dinyatakan dalam sijil peserta takaful berdasarkan nisbah dipersetujui antara pengendali dan peserta.

Daripada lebihan yang ada, pengendali takaful akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) kepada Dana Risiko pada setiap akhir tahun. Selepas caj pengurusan ditolak, lebihan itu akan dibahagikan kepada kumpulan peserta yang layak mendapat hibah jika ada. Pemberian hibah bergantung kepada pertimbangan dan keputusan daripada pihak pengurusan takaful.

Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful