Takaful IKHLAS Pecat Khidmat Ejen Tipu Pelanggan

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) tidak akan berkompromi dengan mana-mana ejennya yang mempunyai masalah disiplin ketika menjual produk insurans syarikat. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata pihaknya akan terus menamatkan perkhidmatan ejen jika mereka didapati melanggar undang-undang yang ditetapkan syarikat.

Ubah persepsi negatif

"Ini berikutan masyarakat mempunyai satu persepsi negatif terhadap produk insurans. Adalah menjadi tanggungjawab kita mengubah persepsi masyarakat. Insurans bukanlah produk yang menipu pelanggan. "Kita memantau dengan teliti setiap ejen bagi memastikan mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," katanya pada sidang media ketika membuat lawatan ke Balai Berita Bangsar, di sini, semalam.



Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman dan Ketua Pegawai Komersial (Keluarga) Takaful IKHLAS, Wan Rosli Shaharuddin Wan Yaacob. Ab Latiff berkata, pihaknya turut membuat pelaburan yang tinggi dalam penggunaan teknologi di syarikat bagi kemudahan pelanggan.

"Banyak insentif diberikan bagi menggalakkan pelanggan menghantar borang menerusi laman sesawang (e-penyerahan) berbanding secara manual," katanya

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful