Perlindungan Takaful Satu Keperluan

Menabung adalah suatu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam kerana banyak kelebihan dan kebaikan tersembunyi yang lazimnya hanya disedari ia sangat bermanfaat ketika individu itu berada dalam keadaan terdesak mahupun kecemasan.

Keutamaan menabung dilihat sebagai persediaan kewangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, kebanyakan ahli masyarakat hari ini seolah kurarig mengambil berat dalam menyediakan tabungan sebagai rutin malah tidak mengambil berat soal tabungan kecemasan.

Sikap leka begini akhirnya akan membebankan ahli keluarga lain. Contohnya, suami adalah ketua keluarga dan wajib memikirkan banyak perkara berkaitan peijalanan rumah tangga. Jika beliau tidak membuat persediaan dan tiba­tiba ditimpa kesakitan atau kematian, tentulah keluarga bakal berhadapan kesusahan. Sebagai pencan nafkah utama, kehilangan sumber pendapatan sememangnya memberi impak besar kepada keluarga. Ketika itu barulah timbul rasa kesal jika tiada tabungan dan sumber kewangan ibarat pepetah Melayu, 'sudah terhantuk baru terngadah'.



Konsep Menabung

Justeru, bagi menggalakkan konsep menabung dipupuk sejak kecil, soal berbelanja perlu diperhalusi iaitu hanya kepada perkara yang benar­benar perlu, bukan mengikut kehendak nafsu semata. Dunia hari ini menyaksikan kemunculan produk insuran dan takaful sebagai alternatif bagi kehilangan punca pendapatan akibat musibah. Skim perlindungan takaful bukan sahaja memfokuskan tabungan malah turut mengambil kira cara menggantikan pendapatan yang hilang jika berlaku sebarang musibah. Dengan menyertai pelan perlindungan takaful, seseorang itu sebenarnya telah melindungi pendapatannya dan turut memberi jaminan pendapatan keluarga.

Hari ini perlindungan takaful bukan lagi dikira sebagai kehendak tetapi lebih kepada keperluan kerana apa saja yang diperoleh boleh hilang sekelip mata.


Berita Harian
Oleh Khuzama Ab Rahaman dan Farah Adibah Mohd Apandi
Penulis dari Jabatan Pematuhan Syariah Takaful Ikhlas Berhad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful